Pendidikan seseorang muslim perlu memasukkan elemen atau menempuhi pengalaman pemikiran kritis kerana ia merupakan cara untuk menggapai makna kepada kejadian Allah; merungkai tanda-tanda kejadian Allah menuju kepada kewujudan dan kebesaran Allah. Lebih-lebih lagi pemikiran kritis merupakan jalan terhadap memahami perkara-perkara kita nampak secara fizikal mahupun maknawi. Memahami dunia melalui pemikiran kritis membuatkan minda kita aktif menyertai perjalanan kehidupan yang menjangkaui mata memandang.
Apa yang hebat tentang pemikiran kritis? Antaranya proses memahami kehidupan dan Khaliq menjadi lebih bermakna. Proses code dan decode akan terjadi di mana apabila kita cuba memahami sesuatu kita akan keluar atau mengarah kepada kefahaman yang baru...oleh itu proses mencari atau memahami menjadi berterusan...minda tidak berhenti.
Berfikir secara kritis ialah berfikir tidak seperti biasa (kadang-kadang bertindak tidak seperti biasa) kerana apabila berada di atmosfera kritis mampu mencipta pemahaman yang baru yang belum pernah ditemui ataupun yang mampu mengajak kita pergi kearah perkara baru tersebut dan kita berusaha merealisasikannya. Pemikiran kritis perlu ditekankan kepada muslim supaya kita bersedia kepada situasi yang bakal berlaku walaupun kita tidak berada pada sirtuasi tersebut pada masa sekarang ini...dengan menjangkakan dan sentiasa berada dalam situasi besedia menghadapi sebarang kemungkinan menjadikan sebarang kemungkinan mampu dihadapi dengan possible.