Pages

Thursday, April 26, 2012

 ATTAIN A BETTER LIFE! (AABL)

InsyaAllah mari sama-sama kita memberi kebaikan dan lebih keseronokan di dalam hidup, masa kehidupan yang ada sememangnya singkat...apatah lagi kalau tidak diisi dengan perkara yang seronok...ia menjadi lebih singkat. Perkara yang seronok dalam erti kata lain "wah berbaloi aku hidup macam ni" . Mohon keampunan sekiranya perspektif penulis akan berbeza dengan orang-orang lain...tetapi saya cuma harap kita dapat amalkan perkara-perkara yang saya cadangkan dalam ruangan (AABL) agar dapat membantu kita untuk hidup lebih tenang yang utama dan yang senang juga harapnya. 

1. Ucapan Astaghfirullah dan LailahaillaAllah,

Dengan memahami isikandungan kedua-dua kalimah ini...Secara umumnya kedua-duanya memberi ruang untuk kita melakukan proses purification sebelum menjalani kehidupan, apabila kita mula dengan memohon keampunan kepada Allah sudah tentu kita berada dalam fitrah ataupun bersih seperti hadis Rasul SAW " setiap kita, dilahirkan di dalam fitrah..." Jadi perjalanan yang akan kita mulakan di dalam kehidupan kita akan memberi enjin baru dan semanagat pacuan kehadapan dengan keadaan yang telah bersih. Begitu juga dengan falsafah LailahaillaAllah yang memberi konotasi pembersihan daripada sebarang pegangan pada kalimah LAilaha kemudian terus dimasukkan injeksi berupa aqidah terpaling mantap keyakinan dan tujuan kita iaitu ALLAH.

2. Memaafkan orang lain

Hilangkan dendam, dengki dan tidak puas hati terhadap orang lain, walau siapa pun...walau apa pun yang telah dan sedang orang lain lakukan terhadap kita. Kehidupan mesti terus kehadapan dengan menuju visi Ilahi, jangan biarkan perasaan yang sia-sia membelenggu kita atau menghalang kehidupan kita. Meneruskan dendam membuatkan kita menambahkan senarai perkara yang perlu kita fikirkan. Melupakan kesalahan orang lain terhadap kita mampu menambahkan ketenangan dalam jiwa kita...tidakkah tenang yang kita cari? meneruskan dendam misalnya menyebabkan kita mahu menang terhadap "battle" yang lama berterusan...ia tidak akan selesai selagi diri kita sendiri/mereka yang menekan butang STOP, apa kata kita yang memulakan langkah orang baik ini. Maaf, lupakan dan teruskan hidup baru, jadikan lawan sebagai kawan dan InsyaAllah hidup kita lebih bermakna dan life becomes better!

3. Bersedekah

Mampukah kita bersedekah setiap hari!. Jadikan bersedekah sebagai amalan...apabila ada ruang untuk bersedekah jangan berlengah. Hulurkan dan belanjakan wang kita dengan senang hati. Bagi yang mempunyai sifat kedekut memang susah pada peringkat permulaan...perangai berkira, takut tak cukup bajet sendiri dan sebagainya cuma alasan dan krisis kepercayaan kita kepada janji Allah. dalam surah An-Nur (kalau x silap) Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda bagi orang yang bersedekah dan paling menakjubkan ganjaran itu biasanya terus terbalas di dunia ini juga. Apa yang di maksudkan cari peluang dan ruang...antaranya kalau minum atau makan dengan rakan-rakan...biar kita yang terdahulu mencari kauter atau taukeh untuk membayar sebelum rakan-rakan hendak membayar untuk diri mereka sendiri. Kalu membeli di kedai runcit dan terlihat orang yang lebih susah atau kanak-kanak...apa salahnya tolong bayarkan  untuk mereka. Sebenarnya banyak perkara yang baik selain bersedekah secara wang ataupun material dapat kita memberi manfaat kepada orang lain. Percayalah perkara kebajikan yang kita lakukan akan membuatkan hati kita tersenyum puas dan otak kita merasa tenang dan hidup menjadi lebih baik. 

Tuesday, April 10, 2012

Zikir, Syukur & Khusnul Ibadah

Ya Allah bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu, bersyukur atas nikmatMu dan perbaiki Ibadah kami kepadaMu. Tiga perkara yang digagaskan untuk perbincangan ini, ingin penulis berikan label sebagi proses ke arah mencapai matlamat hidup. Matlamat hidup semua muslim harus dialurkan kepada keredhaan Allah  bagaimana untuk mencapainya perlu kita bertugas di dunia ini sebagai hambaNya dan khalifahNya (yang pasti semua mengerti) Namun bagaimanakah untuk bertugas sebagai hamba dan khalifah Allah perlu ada panduan yang boleh kita pegang dan ikuti. Antaranya (pada hemah penulis) 
1. Kita perlu hidup di dunia ini dengan sentiasa mengingati Allah dan menyebut namaNya
2. Kita perlu menjalani kehidupan dengan menyedari dan mensyukuri nikmat Allah
3. Kita perlu menjalankan Ibadah kepada Allah dengan cara yang paling baik.
Sebab itu maksud doa yang penulis utarakan pada awal tadi meliputi ketiga-tiga perkara ini, sesungguhnya tersimpan di dalam tiga perkara tadi pelbagai tugas dan cara untuk sampai kepada matlamat redha Allah dan bertugas dengan baik di bumi Allah ini. Apakah ketiga perkara-perkara ini tidak berkaitan dengan tugas keduniaan ataupun tugas kekhalifahan. Sebelum pergi jauh... untuk kejelasan yang mudah kita perlu faham bahawa apa saja tugas kita di bumi Allah ini perlulah ada kaitan dengan Allah ataupun matlamat ibadah, jika tidak maka kita mungkinakan terjerumus ke dalam dosa ataupun sekurang-kurangnya kebencian Allah (makruh/ makruh tahrim). Ketiga-tiga perkara ini ada terkandung di dalam tugas keduniaan kita. Semua pekerjaan kita dimulakan dengan bismillah dan Rasul SallaAllahualaihiwaalihi wasallam mengajar kita berdoa untuk memulakan perjalanan, berdoa untuk memakai pakaian baru, doa menghadap cermin dan banyak lagi yang boleh terlintas di kepala kita dengan mudah. Dampingkanlah segala 'tugas dunia' kita dengan mengingati Allah ...InsyaAllah keberkatan memayungi kita...lebih-lebih lagi pergantungan diri kepada Allah setiap masa akan mendekatkan diri kepadaNya dan mengakui kekuatan kuasaNya seperti ucapan kita dalam Al-Fatihah. "KepadaMu kami berserah dan KepadaMu kami meminta pertolongan"
Kehidupan yang kita kecapi perlu disedarkan bahawa ianya kurniaan Allah, nikmat Allah yang tidak terhitung melilit pada seluruh tubuh dan pancaindera kita. Sel, otot, urat, darah yang mengalir, udara yang beredar di dalam badan, air yang keluar masuk ke dalam sistem tubuh badan dan tulang yang menyokong tubuh badan kita...merupakan perkara-perkara yang tidak kita amati sungguh-sungguh fungsi dan keajaibannya. Hadis Rasul SAW ada menyatakan tentang kelupaan kita pada nikmat Iman dan Islam...syukurlah kita beragama Islam..Segala tugas kita di dunia ini yang disandarkan niat ibadah akan dijanjikan redha & syurga Allah oleh itu lakukanlah segala tugas (samada karierr, sebagai anggota keluarga, anggota masyarakat, warganegara) lakukanlah dengan memenuhi ruang amanah dan ruang komited. " Allah loves those who have professional skills(itqon)"