Your striving for what is absolutely guaranteed to you and your laxness in what is required of you are evidence that your inner eye is dull.
If you make intense supplication and the timing of the answer is delayed, do not despair of it. His reply to you is guaranteed; but in the way He chooses, not the way you choose, and at the moment He desires, not the moment you desire.
If something that is promised does not happen even though the time for it is set, do not doubt the promise! If you do, that will dim your inner eye and put out the light of your secret.
Berkata Fatah al-Maushili rahimahullah: “Bukankah si pesakit itu bila tidak diberikan makan atau minum ubat, ia akan mati!” Orang ramai menjawab: “Benar katamu!” Dia berkata pula: “Demikian pulalah sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari saja, akan matilah ia.”
Sunday, May 27, 2012
Layakkah kita khalifah II
Persoalan yang penulis lontarkan kepada ruangan ini (pada 2010) tidak sempat untuk dijawab, bukan kerana masa tapi kerana idea dan sememangnya sangat sukar hendak menjawabnya dengan satu perkataan Ya atau tidak. Penulis juga sempat pada keluaran yang dahulu pada tema Khalifah ini memberi asbab mengapa Allah memberi label & tanggungjawab khalifah kepada kita. Elok rasanya persoalan bagi tajuk ini kita jawab dengan satu jawaban konkrit selepas menyusul perkataan YA.
Sesungguhnya tanggungjawab kita di muka bumi Allah ini untuk menjadi hambaNya dan khalifahNya...itu Allah telah nyatakan dalam banyak ayat di dalam Al-Quran. Cuma ingin diperkembangkan di sini satu sebab daripada beberapa asbab yang telah disenaraikan pada keluaran dahulu; iaitu sebagai Recognasi atau pengiktirafan...menyingkap sejarah pengutusan Adam Alaihissalam ke bumi sebagai lantikan rasmi Allah SWT terhadap Adam dan baninya bagi tugas mentadbir bumi.
/ “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para
Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”
Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang
yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami
senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan
berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS Al
Baqarah : 30 ( carian : http://jokosiswanto77.blogspot.com/2010/06/ayat-ayat-al-quran-tentang-kedudukan.html
Malaikat yang lebih sempurna dari segi ketaatan kepada Allah tidak dapat tanggungjawab kekhalifahan ini bahkan manusia dipandang Allah lebih layak untuk mentadbir bumi ini. Di akhir ayat di atas Allah mengigatkan pada malaikat dan kita juga bahawa Allah lebih tahu apa yang tidak diketahui makhluknya tentang sebab musabab manusia dipilih sebagai khalifatuLLAH fil Ard. Lebih daripada itu kita perlu buktikan kepada Malaikat dan sarwajagat ciptaan Allah jua kita sebenarnya sememangnya layak. Paling penting sekali kita seharusnya memenuhi kepercayaan Allah itu dengan melakukan tugas kekhalifahan kita dengan terbaik.
Subscribe to:
Comments (Atom)