Pages

Tuesday, April 16, 2013

Tazkiyyah tangga Kejayaan


Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk)-                                     
Ayat 14 & 15 Surah Al-'ala
Al-Quran telah memberi panduan bahawa kejayaan akan menanti bagi orang yang berusaha membersihkan dirinya. Kebanyakan kita tidak dapat mencari kaitan di antara kejayaan di dalam hidup ini dengan hati yang bersih. Benarkah hati yang bersih dapat menjadikan kita orang yang berjaya? Bagaimana? Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali sering mengutarakan di dalam kuliahnya satu ungkapan yang berbunyi “ …yang dicari oleh kita senang dan tenang, namun tenang dapat mengatasi segala masalah duniawi dan ukhrawi”. Hati yang tenang yang bersih yang tiada sifat tamak, dengki, dendam, busuk hati, riyak,takabbur dan lain-lain memudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita. Ilmu yang didapati dapat menyuluh kegelapan; iaitu menjadi panduan hidup kita. Tidakkah menjadi  orang yang berilmu itu akan memudahkan urusanya dengan Allah dan manusia dan alam sekelilingnya.
Ada ilmu akan menjadi dipandu. Apabila hidup berpandu wujudnya fokus di dalam melakukan pekerjaan. Fokus terwujud  apabila tidak menyusahkan diri dengan penyakit-penyakit hati seperti yand disebutkan di awal tadi. Matlamat hidup adalah amat jelas, terang dan lancar; iaitu Hanyasanya Allah. Hati (di dalam) yang tidak berpenyakit boleh memberi aura kepada (luaran) kesihatan yang jasmani yang baik dan tindakan yang baik. Seperti tagline bagi Program Reset Minda oleh Prof Dr. Muhaya “dunia dalaman membentuk dunia luaran.”
Satu perkara yang ingin diperkatakan mengenai penterjemahan ayat ini yang meletakkan perkataan “berusaha membersihkan” memberi maksud atau memahamkan kita bahawa pembersihan atau tazkiyyah ini adalah satu proses dan ia berterusan sehingga mencapai kejayaan. Usaha ialah proses, ia perlu melalui langkah-langkah tertentu. Apabila sampai di satu tahap akan ada satu hasil daripada proses tersebut...namun kita tidak akan dapat memastikan dengan sangat yakin bahawa proses kita itu mencapai jaya atau tidak buat masa ini, maksudnya mana mungkin kita mengatakan bahawa “ aku dah banyak solat dan zikrullah pasti aku masuk syurga” Oleh hal yang demikian teruskanlah bertazkiyyah walaupun perkara masuk syurga itu belum pasti buat kita. Masuk syurga itu hanya salah satu daripada maksud kejayaan di dalam ayat ini. Banyak lagi kejayaan duniawi yang boleh dinatijahkan daripada proses tazkiyyah ini. Anggaplah kita sentiasa banyak dosa dan berterusanlah kita untuk membersihkan semoga hampir kepada Allah. Hendak diberi ingat juga di sini amalan baik yang kita lakukan boleh dapat dirasakan dan dicapai dengan bersangka baik kepada Allah dan bersangka bahawa Allah menerima amalan kita sebab “Penilaian Allah bergantung terhadap sangkaan hambaNya”. Apabila hidup kita senang dan tenang itu tandanya Allah memberi kejayaan kepada kita. Begitu juga apabila kita tenang apabila ditimpa musibah juga tanda Allah menganugerahkan kejayaan kepada kita.  

Qod aflaha man tazakka...




Qod aflaha man tazakka

Lama tak datang…
Ada tapi tidak datang
Sekadar rutin yang yang pergi dan habis

Di hadapan pintu yang indah
Masuk ke dalam yang tidak ...
Tidak datang …
Tak ikhlas dan bertitik hitam
Terus terbina dengan tompok yang tebal
Jangan hati legam
Hidayah takut nanti terpadam

Segerakan tazkiyah
Dengan Zikir dan Solat
Takut diselaput kelam dan busuk mati
Tuah Tuhanmu akan meninggalkanmu
Berupa hina di dunia dan azab akhirat.