Pages

Thursday, July 3, 2014

Mari Mencari (Prelude)



Mari Mencari

Apa lagi yang disibukkan
Dengan harta dan takhta
Kita sebenarnya terus masih tiada
Sekira harta dan takhta dipuja

Tiada atau sedikit atau banyak
Bukan kiraan
Sebenarnya kita terus masih tiada
Sekira harta dan takhta dimata

Memang tidak berjumpa
puas dan ke jiwa
Terus sebenarnya masih tiada
Sekira harta dan takhta dikejar

Tuesday, April 16, 2013

Tazkiyyah tangga Kejayaan


Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk)-                                     
Ayat 14 & 15 Surah Al-'ala
Al-Quran telah memberi panduan bahawa kejayaan akan menanti bagi orang yang berusaha membersihkan dirinya. Kebanyakan kita tidak dapat mencari kaitan di antara kejayaan di dalam hidup ini dengan hati yang bersih. Benarkah hati yang bersih dapat menjadikan kita orang yang berjaya? Bagaimana? Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali sering mengutarakan di dalam kuliahnya satu ungkapan yang berbunyi “ …yang dicari oleh kita senang dan tenang, namun tenang dapat mengatasi segala masalah duniawi dan ukhrawi”. Hati yang tenang yang bersih yang tiada sifat tamak, dengki, dendam, busuk hati, riyak,takabbur dan lain-lain memudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita. Ilmu yang didapati dapat menyuluh kegelapan; iaitu menjadi panduan hidup kita. Tidakkah menjadi  orang yang berilmu itu akan memudahkan urusanya dengan Allah dan manusia dan alam sekelilingnya.
Ada ilmu akan menjadi dipandu. Apabila hidup berpandu wujudnya fokus di dalam melakukan pekerjaan. Fokus terwujud  apabila tidak menyusahkan diri dengan penyakit-penyakit hati seperti yand disebutkan di awal tadi. Matlamat hidup adalah amat jelas, terang dan lancar; iaitu Hanyasanya Allah. Hati (di dalam) yang tidak berpenyakit boleh memberi aura kepada (luaran) kesihatan yang jasmani yang baik dan tindakan yang baik. Seperti tagline bagi Program Reset Minda oleh Prof Dr. Muhaya “dunia dalaman membentuk dunia luaran.”
Satu perkara yang ingin diperkatakan mengenai penterjemahan ayat ini yang meletakkan perkataan “berusaha membersihkan” memberi maksud atau memahamkan kita bahawa pembersihan atau tazkiyyah ini adalah satu proses dan ia berterusan sehingga mencapai kejayaan. Usaha ialah proses, ia perlu melalui langkah-langkah tertentu. Apabila sampai di satu tahap akan ada satu hasil daripada proses tersebut...namun kita tidak akan dapat memastikan dengan sangat yakin bahawa proses kita itu mencapai jaya atau tidak buat masa ini, maksudnya mana mungkin kita mengatakan bahawa “ aku dah banyak solat dan zikrullah pasti aku masuk syurga” Oleh hal yang demikian teruskanlah bertazkiyyah walaupun perkara masuk syurga itu belum pasti buat kita. Masuk syurga itu hanya salah satu daripada maksud kejayaan di dalam ayat ini. Banyak lagi kejayaan duniawi yang boleh dinatijahkan daripada proses tazkiyyah ini. Anggaplah kita sentiasa banyak dosa dan berterusanlah kita untuk membersihkan semoga hampir kepada Allah. Hendak diberi ingat juga di sini amalan baik yang kita lakukan boleh dapat dirasakan dan dicapai dengan bersangka baik kepada Allah dan bersangka bahawa Allah menerima amalan kita sebab “Penilaian Allah bergantung terhadap sangkaan hambaNya”. Apabila hidup kita senang dan tenang itu tandanya Allah memberi kejayaan kepada kita. Begitu juga apabila kita tenang apabila ditimpa musibah juga tanda Allah menganugerahkan kejayaan kepada kita.  

Qod aflaha man tazakka...




Qod aflaha man tazakka

Lama tak datang…
Ada tapi tidak datang
Sekadar rutin yang yang pergi dan habis

Di hadapan pintu yang indah
Masuk ke dalam yang tidak ...
Tidak datang …
Tak ikhlas dan bertitik hitam
Terus terbina dengan tompok yang tebal
Jangan hati legam
Hidayah takut nanti terpadam

Segerakan tazkiyah
Dengan Zikir dan Solat
Takut diselaput kelam dan busuk mati
Tuah Tuhanmu akan meninggalkanmu
Berupa hina di dunia dan azab akhirat.

Friday, July 20, 2012

Merai hati

Persis buih di laut berkejar ke pantai
Mana damai...mana bersemadi abadi
Akal yang terbang menerawang
Pelbagai pelosok
Mencuba dan cubaan

Meneruskan jalan yang saadah ini...
untuk diri kekal beraksi
di paksi yang dirai hati dan bakat peri
Ada limpahan yang perlu di takung
Ada arus yang perlu dibendung
Biar cantik diikat tali pada tiang seri

Ini yang dirai
Bila tinggal dirindui
Bagai bekal tersimpan tak dijamahi

Ini yang paling saadah 
Menghidang dari resepi
Rempahan berbau wangi

Ku abadi untuk damai dihati
Tak gejolak lagi...buat tika ini
nanti meruah lagi untuk diperi dan berulang lagi
damai, saadah dan dirai hati

- 1 Ramadhan 2012

Allah Yujzika...(an attempt to potrait the upmost fadhilat of sawm)

“Setiap amalan anak Adam itu digandakan pahalanya; satu kebaikan diberikan pahala antara 10 hingga 700 kali ganda. Allah berfirman: kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku. Aku akan memberi balasan puasa itu. Dia (anak Adam) mengetepikan syahwatnya dan meninggalkan makanannya kerana-Ku. Untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya. Dan sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi. Puasa itu perisai. Pada hari salah seorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata yang buruk dan membuat fitnah. Jika dia dicela oleh seseorang atau diperangi, maka hendaklah dia berkata: sesungguhnya aku orang yang berpuasa!”
Sebuah hadis yang panjang dan banyak isi di dalamnya...cukup lengkap untuk menceritakan hampir keseluruhan matlamat,proses dan impak puasa. Penulis cuma nak ambil bahagian yang di BOLD itu. Allah yang akan memberi pahala bagi puasa yang kita lakukan...walaupun amalan lain Allah juga yang memberi pahala tapi perbezaannya dan apa yang cuba disampaikan dengan ibarat ini ialah Allah sahaja yang tahu pengiraan ataupun sifir untuk menilai jumlah pahala puasa hambanya. Memberitahu kepada kita bahawa Malaikat tidak dapat memberi tafsiran dan taksiran terhadap apa yang "orang berpuasa sedang buat". Amalan puasa ini antara amalan yang paling sukar atau setengah ulamak mengatakan tidak dapat dihampiri dengan riyak kerana puasa tidak boleh menunjuk-nunjuk. Kita boleh bercakap di depan orang aku berpuasa...apakah betul kita berpuasa Allah sahaja yang tahu, Menunjuk kita makan depan orang memang orang nampak kita tak berpuasa...tetapi menunjuk kita tak makan depan orang tak semestinya kita berpuasa. Ibadat solat boleh nampak menunjuk-nunjuk ataupun riyak, begitu juga Haji (sehingga nabi berpesan jangan ibadah ini bertujuan menunjuk-nunjuk kehebatan kebendaan kita) Walaupun nampak macam sama sahaja ibadat puasa dengan ibadah lain dari segi " buat perkara fardhu mendapat pahala" tetapi kita belum tentu dapat walaupun satu markah pada puasa kita hari ini atau esok walaupun fizikalnya kita imsak daripada perkara yang membatalkan seperti makan dan minum dll. Hubungan istimewa puasa ini melambangkan keagungan anugerah Allah pada makhluk yang bernama puasa ini. Sebenarnya penulis rasa tidak dapat menyampaikan secara konvinsing perbezaan yang sangat distinnktif &  signifikan diantara puasa dan ibadah lain...diharap kita dapat melakukan puasa dengan jiwa yang berprofil hamba;  maksudnya cuba cari ruang dan peluang menambahkan pahala puasa dengan mengkategorikan diri ini tak mampu nak berpuasa ke tahap puasa hati yang sangat terkenal dijelaskan oleh Hujjatul islam Imam Al-Ghazali tentang tingkatan puasa yang paling tinggi iaitu KhawasulKhawas...namun boleh terus mencuba mencapai tahap tersebut.
“In God, there is no sorrow or suffering or affliction. If you want to be free of all affliction and suffering, hold fast to God, and turn wholly to Him, and to no one else. Indeed, all your suffering comes from this: that you do not turn toward God and no one else.- AlGhazali Rahimahullah

Sunday, May 27, 2012

Your inner eye is dull

Your striving for what is absolutely guaranteed to you and your laxness in what is required of you are evidence that your inner eye is dull. 

If you make intense supplication and the timing of the answer is delayed, do not despair of it. His reply to you is guaranteed; but in the way He chooses, not the way you choose, and at the moment He desires, not the moment you desire.

If something that is promised does not happen even though the time for it is set, do not doubt the promise! If you do, that will dim your inner eye and put out the light of your secret.
Layakkah kita khalifah II

Persoalan yang penulis lontarkan kepada ruangan ini (pada 2010) tidak sempat untuk dijawab, bukan kerana masa tapi kerana idea dan sememangnya sangat sukar hendak menjawabnya dengan satu perkataan Ya atau tidak. Penulis juga sempat pada keluaran yang dahulu pada tema Khalifah ini memberi asbab mengapa Allah memberi label & tanggungjawab khalifah kepada kita. Elok rasanya persoalan bagi tajuk ini kita jawab dengan satu jawaban konkrit selepas menyusul perkataan YA. 
 Sesungguhnya tanggungjawab kita di muka bumi Allah ini untuk menjadi hambaNya dan khalifahNya...itu Allah telah  nyatakan dalam banyak ayat di dalam Al-Quran. Cuma ingin diperkembangkan di sini satu sebab daripada beberapa asbab yang telah disenaraikan pada keluaran dahulu; iaitu sebagai Recognasi atau pengiktirafan...menyingkap sejarah pengutusan Adam Alaihissalam ke bumi sebagai lantikan  rasmi Allah SWT terhadap Adam dan baninya bagi tugas mentadbir bumi. 

 / “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS Al Baqarah : 30 ( carian : http://jokosiswanto77.blogspot.com/2010/06/ayat-ayat-al-quran-tentang-kedudukan.html

Malaikat yang lebih sempurna dari segi ketaatan kepada Allah tidak dapat tanggungjawab kekhalifahan ini bahkan manusia dipandang Allah lebih layak untuk mentadbir bumi ini. Di akhir ayat di atas Allah mengigatkan pada malaikat dan kita juga bahawa Allah lebih tahu apa yang tidak diketahui makhluknya tentang sebab musabab manusia dipilih sebagai khalifatuLLAH fil Ard. Lebih daripada itu kita perlu buktikan kepada Malaikat dan sarwajagat ciptaan Allah jua kita sebenarnya sememangnya layak. Paling penting sekali kita seharusnya memenuhi kepercayaan Allah itu dengan melakukan tugas kekhalifahan kita dengan terbaik.