Keperluan yang asas bagi seseoran insan yang hidup di muka bumi ini seperti yang dapat dilihat pada mata dan pegangan kasar adalah seperti makan, tempat tinggal, kehidupan berkeluarga dan pelbagai keperluan yang berkaitan kebendaan (benda-benda yang perlu ada untuk mudah menjalani kehidupan). Kita sering terlupa ada keperluan-keperluan yang lebih mendesak kepada kita untuk menjadikan kita lebih bernama insan. Insan yang dimaksudkan ialah merealisasi bahawa hidup kita ini merupakan pasangan kombinasi kehambaan & kekhalifahan. kedua-dua ini telah ditetapkan kepada kita secara fitrah...namun fitrah itu tidak semestinya secara mudah dilihat, dirasa & diekspresi & diaktualisasi. Kita bertanggungjawab untuk menzahirkan dua perkara ini, maka barulah sebenarnya kita telah memberi hak kepada diri kita menjadi sebagai insan kerana kita meraikan fitrah yang dikurnia seterusnya mempercukupkan keperluan diri kita dan yang paling penting berjalan kepada Allah membawa amanah sebagai 'abid yang menyedari kekuasaanNya dan khalifah yang mengaman & memakmurkan bumi dengan jasa yang berupa tanggungjawab dakwah...(ikuti kupasan selanjutnya tentang kehambaan & kekhalifahan pada tulisan akan datang)
Berkata Fatah al-Maushili rahimahullah: “Bukankah si pesakit itu bila tidak diberikan makan atau minum ubat, ia akan mati!” Orang ramai menjawab: “Benar katamu!” Dia berkata pula: “Demikian pulalah sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari saja, akan matilah ia.”
Saturday, February 27, 2010
Tuesday, February 23, 2010
Maulidur Rasul Cuti Lagi...
Bukannya salah cuti pada Maulidur Rasul...ianya lebih baik daripada tak cuti. Kalu cuti lebih-lebih lagi hari jumaat ni dapat juga buat beberapa perkara taqarrub yg agak liat kita buat pada hari bekerja. Malam jumaat boleh dimanfaatkan dengan tahajjud...kalau tak dpt buat pukul 3 atau 4 pagi. Bangun pukul 5.00 pun dah kira okey. Lepas mandi tahjjud+hajat+tasbih+witir, ngam-ngam waktu subuh pun nak masuk...gi masjid dapat buat solat subuh berjemaah tambahan sujud sejadah...kalo ada kuliah subuh pun best jugak layan sampai pukul 7.20. Menda2 ni semua masa bebudak dulu memang tak syok sangat...tapi bila dah berumur ni...menda2 mcm ni dah kira masuk tahap sunat muakkad dah, especially bagi graduan pengajian islam/ ilmu wahyu apatah lagi yang jadi ustaz/ustazah.
Subscribe to:
Comments (Atom)