Pages

Saturday, February 27, 2010

Keperluan yang asas bagi seseoran insan yang hidup di muka bumi ini seperti yang dapat dilihat pada mata dan pegangan kasar adalah seperti makan, tempat tinggal, kehidupan berkeluarga dan pelbagai keperluan yang berkaitan kebendaan (benda-benda yang perlu ada untuk mudah menjalani kehidupan). Kita sering terlupa ada keperluan-keperluan yang lebih mendesak kepada kita untuk menjadikan kita lebih bernama insan. Insan yang dimaksudkan ialah merealisasi bahawa hidup kita ini merupakan pasangan kombinasi kehambaan & kekhalifahan. kedua-dua ini telah ditetapkan kepada kita secara fitrah...namun fitrah itu tidak semestinya secara mudah dilihat, dirasa & diekspresi & diaktualisasi. Kita bertanggungjawab untuk menzahirkan dua perkara ini, maka barulah sebenarnya kita telah memberi hak kepada diri kita menjadi sebagai insan kerana kita meraikan fitrah yang dikurnia seterusnya mempercukupkan keperluan diri kita dan yang paling penting berjalan kepada Allah membawa amanah sebagai 'abid yang menyedari kekuasaanNya dan khalifah yang mengaman & memakmurkan bumi dengan jasa yang berupa tanggungjawab dakwah...(ikuti kupasan selanjutnya tentang kehambaan & kekhalifahan pada tulisan akan datang)

No comments:

Post a Comment