Pages

Wednesday, March 10, 2010

Mencari takrifan kepada mencari matlamat

Apabila mencari takrifan kepada ‘abd’ tiada definisi daripada bahasa melayu (hamba) ataupun Bahasa Inggeris (servant) yang paling tepat. Itu menjadi perkara biasa…kerana banyak perkataan ataupun benda yang hanya tepat dibiarkan di dalam bahasanya yang asal bagi menggambarkan gambaran yang sebenar ataupun terbaik ataupun in English better express…mengambil contoh seorang pensyarah saya yang berketurunan India dan berasal dari India, bahasa pengantar keluarganya ialah Bahasa Inggeris, mengajar di Malaysia (bercampur gaul dengan orang Melayu) manakala rakan-rakan sejawatan ramai yang berbahasa Arab sebagai contoh lebih suka menggunakan perkataan BUANG untuk menggambarkan perbuatan tersebut supaya better express , daripada (instead of) menggunakan perkataan throw/delete ataupun رمي ataupun bahasa urdu dan sebagainya.Satu perbualan yang ingin dikongsi. “ you better BUANG this paragraph (of my essay) and replace with the better conclusion.

‘Abd memberi pengertian yang lebih luas tapi bermatlamat yang satu. Ia boleh ditakrifkan sebagai pengabdian, penghambaan, pengibadatan dan apa sahaja yang berkaitan namun matlamat atau tempat duduknya hanyalah satu iaitu di bawah penjaganya, ‘abd bermaksud kita berjalan, mencari rezeki, berehat, pergi mendengar kuliah maghrib, bersembang dan lain-lain namun segalanya perlu bersandarkan kepada yang satu seperti firman Allah : Inna solati wanusuki wamahyaya wamamti lillahi rabbil ‘alamin. Matlamat ‘abd mestilah mencapai maksud kepada pencipta atau penjaganya.

Sedikit hendak mengalih perbincangan mengapa kalimah ‘abd itu menjadi ekspresi yang paling tepat dan terbaik. Ini adalah kerana maksud abd itu ialah satu ikatan kasih yang dipertontonkan oleh Penjaga/Pencipta dan Penciptanya tidak bermaksud merendah-rendahkan martabat orang yang dijaganya. Kita lihat apabila kita takrifkan abd sebagai hamba, ia memberi gambaran bahawa kehidupan dan perjalanannya sangat perit. Orang yang bernama hamba tidak mungkin akan dapat penghormatan dan dilayan dengan penuh kasih sayang.

Adakah abd itu matlamat kita? Mengapa?
Jika mengikut takrifan yang dibincangkan tadi…’abd memang matlamat kita kerana Allah telah menyebut kesemua manusia (insan) adalah diciptakan dari sebaik-baik kejadian (secara fizikalnya) kemudian insan ini akan dijatuhkan ke tempat yang paling rendah kecuali mereka yang beriman dan beramal baik. Jika hendak mencari kaitannya kita lihat pula Firman Allah: (yang bermaksud; tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan tujuan mereka adalah beribadat (menjadi ‘abd). Oleh itu, dapat diulang dan diberi konklusi bahawa apa sahaja pekerjaan, perbuatan, jalan hidup & perjalanan kehidupan kita perlu berbekal dengan iman dan menjaga akhlak kerana ia jaminan kita berada di dalam ketinggian kebaikan Allah. Oleh kerana berada dalam ketinggian kebaikan Allah itu ialah matlamat kita…ia dapat disamakan dengan konsep pengibadatan. Hanyasanya dengan berhubung dan menyandarkan diri dengan Allah kita dapat mencapai matlamat hidup ini iaitu menjadi ‘abd.

No comments:

Post a Comment