Pages

Wednesday, March 24, 2010

Layakkah kita khalifah...

Allah SWT telah memberi rekognasi bahawa Manusia ialah makhlukNya yang paling layak untuk mentadbir bumi (inni jailun fil ardi khalifah).Alhamdulillah dari satu sudut kita berbangga dengan kepercayaan yang Allah berikan ini, namun dari sudut-sudut yang lain...yang bukan satu atau dua sudut cuma, namun mungkin banyak sangat perspektif yang membuatkan kita tak senang duduk dengan kedudukan 'pentadbir' bumi ini. Sebelum diskus jauh elok kiranya penulis menyenaraikan sudut ke dua dan seterusnya mengapa Allah menggelarkan & menjadikan kita khalifatullah fil 'ard, selain 1-recognasi ia juga boleh membawa maksud:
2- cabaran (yansurukum wayusabbit aqdamakum) 3- sindiran (...bal hum adol) 4- penilaian (liyabluwakum ayyukum ahsanu 'amala) 5-tuntutan berusaha (man yuridillahu bihi khairan) 6- tahap ambil peduli (am yaskur au yakfur)

Mengisi lapang sewaktu cuti sekolah selama seminggu di kampung, penulis membelek-belek 3-4 kotak kepunyaan abang sulong yang berisi 40-50 buah buku pelbagai genre (beliau ialah seorang arkitek berjiwa falsafah, cenderungnya mencapah, dari pelbagai seni berkitan rumah, & peradaban Melayu membusung ke sejarah & ketamadunan dunia & politik yang parah)Penulis cuma mengambil beberapa buah buku yang berbetulan kena dengan semangat inkuiri saat itu tentang tokoh kontroversi Malaysia DS Anwar Ibrahim...satu buku yang ditulis oleh Kamaruddin Yaakob rakan sepenjara beliau sewaktu dikurung di bawah ISA pd era beliau aktif di dalam MBM & ABIM dan sebuah lagi buku antisipasi & ekspresi keintelektualan karangan DSAI sendiri iaitu Gelombang Kebangkitan ASIA. Buku yang pertama memberi peluang kepada penulis untuk mengenal hati & laku DSAI dari kacamata orang lain...sesungguhnya DSAI digmbarkan sebagai personal yang begitu hikmah tindak & budinya. Buku yang kedua memaparkan saujana pembacaan ,pengkajian & kecintaan DSAI kepada alam keilmuan...ia memaparkan jiwa besar beliau yang kita sangat fahami daripada 'kelakuan'beliau dari dulu hingga kini...meski bagi pengkaji seperti penulis & ramai lagi di luar sana, masih lagi tertanya-tanya benarkah perjuangan 'jebat bangsa' ini...namun kecekalannya berjuang tiada tolok bandingnya di nusantara ini. Rakan & penyokong terpesona dengan pidatonya & perihnya bergelumang dengan ketidaktentuan hidup dunia...yang beliau sendiri cukup percaya pada jalan yang diredah itu. Musuh beliau di luar sana sentiasa termimpi-mimpi bayangan DSAI mengekori...asakan & kekebalan atma & zihni cukup ditakjubi.

Berbalik kepada tanggungwab kekhalifahan....bagi menjawab layakkah kita khalifah. Secara ilmiah jawapannya bukanlah sekadar YA atau TIDAK, tetapi ia perlu dijawab dengan frasa seperti contoh ini...YA...sekiranya... (terms & conditions apply)

Wednesday, March 10, 2010

Mencari takrifan kepada mencari matlamat

Apabila mencari takrifan kepada ‘abd’ tiada definisi daripada bahasa melayu (hamba) ataupun Bahasa Inggeris (servant) yang paling tepat. Itu menjadi perkara biasa…kerana banyak perkataan ataupun benda yang hanya tepat dibiarkan di dalam bahasanya yang asal bagi menggambarkan gambaran yang sebenar ataupun terbaik ataupun in English better express…mengambil contoh seorang pensyarah saya yang berketurunan India dan berasal dari India, bahasa pengantar keluarganya ialah Bahasa Inggeris, mengajar di Malaysia (bercampur gaul dengan orang Melayu) manakala rakan-rakan sejawatan ramai yang berbahasa Arab sebagai contoh lebih suka menggunakan perkataan BUANG untuk menggambarkan perbuatan tersebut supaya better express , daripada (instead of) menggunakan perkataan throw/delete ataupun رمي ataupun bahasa urdu dan sebagainya.Satu perbualan yang ingin dikongsi. “ you better BUANG this paragraph (of my essay) and replace with the better conclusion.

‘Abd memberi pengertian yang lebih luas tapi bermatlamat yang satu. Ia boleh ditakrifkan sebagai pengabdian, penghambaan, pengibadatan dan apa sahaja yang berkaitan namun matlamat atau tempat duduknya hanyalah satu iaitu di bawah penjaganya, ‘abd bermaksud kita berjalan, mencari rezeki, berehat, pergi mendengar kuliah maghrib, bersembang dan lain-lain namun segalanya perlu bersandarkan kepada yang satu seperti firman Allah : Inna solati wanusuki wamahyaya wamamti lillahi rabbil ‘alamin. Matlamat ‘abd mestilah mencapai maksud kepada pencipta atau penjaganya.

Sedikit hendak mengalih perbincangan mengapa kalimah ‘abd itu menjadi ekspresi yang paling tepat dan terbaik. Ini adalah kerana maksud abd itu ialah satu ikatan kasih yang dipertontonkan oleh Penjaga/Pencipta dan Penciptanya tidak bermaksud merendah-rendahkan martabat orang yang dijaganya. Kita lihat apabila kita takrifkan abd sebagai hamba, ia memberi gambaran bahawa kehidupan dan perjalanannya sangat perit. Orang yang bernama hamba tidak mungkin akan dapat penghormatan dan dilayan dengan penuh kasih sayang.

Adakah abd itu matlamat kita? Mengapa?
Jika mengikut takrifan yang dibincangkan tadi…’abd memang matlamat kita kerana Allah telah menyebut kesemua manusia (insan) adalah diciptakan dari sebaik-baik kejadian (secara fizikalnya) kemudian insan ini akan dijatuhkan ke tempat yang paling rendah kecuali mereka yang beriman dan beramal baik. Jika hendak mencari kaitannya kita lihat pula Firman Allah: (yang bermaksud; tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan tujuan mereka adalah beribadat (menjadi ‘abd). Oleh itu, dapat diulang dan diberi konklusi bahawa apa sahaja pekerjaan, perbuatan, jalan hidup & perjalanan kehidupan kita perlu berbekal dengan iman dan menjaga akhlak kerana ia jaminan kita berada di dalam ketinggian kebaikan Allah. Oleh kerana berada dalam ketinggian kebaikan Allah itu ialah matlamat kita…ia dapat disamakan dengan konsep pengibadatan. Hanyasanya dengan berhubung dan menyandarkan diri dengan Allah kita dapat mencapai matlamat hidup ini iaitu menjadi ‘abd.