Pages

Saturday, September 25, 2010

Setelah berakhir Ramadhan

Setelah berakhir ramadhan sudah tentu menjelma syawal. Bagi 'pencari-pencari Tuhan' sudah pasti kesedihan yang amat sangat apabila tidak dapat lagi berada di dalam musim ibadah. Sebuah hadis diriwayatkan: Setiap sesuatu itu ada musimnya, bagi ibadah...bulan Ramadhanlah musimnya. Namun kita perlu berhati-hati beramal dengan konten hadis ini (jangan silap faham). Ibadah dan segala amal kebaikan perlu diteruskan walaupun diluar bulan Ramadhan. Solat berjemaah yang menjadi kemanisan dikala Ramadhan perlu diteruskan. Tilawatil Quran yang memenuhi waktu lapang perlu diteruskan, kerajinan solat dhuha, keringanan bangun malam, kemurahan menghulurkan derma ditabung-tabung masjid & anak yang susah perlu dijadikan amalam sepanjang masa.Memang sukar untuk istiqomah kerana musuh kita di luar bulan Ramadhan ialah kembalinya sang syaitan laknatullah yang bergabung dengan nafsu ammarah bissu' sudah tentu cabaran dan mehnahnya lebih hebat. Doa yang warid seperti ini eloklah diamalkan " Allahumma inna nas'aluka bil'afiat wa haqqiqna bitaqwa wal istiqomah". Sebut pasal Takwa sudah tentu kita akan mengingati ayat al-Quran Surah Al-Baqarah tentang puasa yang lebih kurang bermaksud " Telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti telah diwajibkan ke atas umat yang terdahulu, semoga kamu bertakwa (dengan kedatangan & pensyariatan bulan Ramadhan).Di nukilkan dari banyak 'Ulama bahawa tarbiyyah ramadhan akan menjadikan kita mampu menempuhi bulan-bulan yang seterusnya....supaya seterusnya kita bertakwa, yakni Istiqomah di dalam amal ibadat kita. Orang yang setiap waktu di bulan Ramadhan menunaikan solat fardhu berjemaah belum boleh dikatakan hebat...tetapi ia akan dikatakan hebat apabila kesan kerajinan solat berjemaah itu diteruskan sepanjang tahun. Teringat satu kisah pada Kuliah Subuh hari Sabtu sebelum Raya oleh Tn Guru Hj Ishak Idris bercerita tentang kisah Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan kota Konstantinople...rahsianya seluruh tentera Islam apabila ditanya tidak pernah meninggalkan solat fardhu secara berjemaah semenjak baligh. Ini sesuai dengan Firman Allah: ...jika kamu menolong Allah (taat perintahNya) Allah akan menolong kamu (di dalam pekerjaan kamu) dan menetapkan kaki-kaki kamu (istiqomah di jalan Allah)

No comments:

Post a Comment