Pages

Friday, December 30, 2011

Melangkah kepada makna...

Penulis sebenarnya sering membicarakan tentang MAKNA...kerana mahu hidup dengan puas hati, apabila kita menjalani hari ini dengan bermakna kita puas hati...ada sumbangan terhadap perkara yang baik. Tidak kiralah sumbangan kepada diri sendiri, keluarga mahupun warga masyarakat. Sekurang-kurangnya diri sendiri puas hati...insyaAllah ia mendapat redha dan pahala daripada Allah. Apakah sebenarnya MAKNA yang diperkatakan oleh penulis...mungkin semua dapat menjangkakan...paling tidak pun semua boleh agak bahawa ianya satu benda yang baik...ataupun banyak benda yang baik. Salah satu MAKNA ialah dapat membuat satu ibadah sunat dengan komited, dapat memenuhi masa lapang dengan membaca tafsir satu atau dua baris ayat, dapat merungkai konsep fiqh dalam ibadah-ibadah khusus seperti solat, dapat menghuraikan istilah/ perkataan/ tema dengan extensif...semua itu nampak begitu ilmiah bukan?! melalui itu akan dapat kepuasan...namun banyak lagi perkara-perkara yang nampak remeh yang mampu memberi MAKNA dalam kehidupan seharian kita dapat mencangkul sebatas dua untuk ditabur benih timun pun merupakan makna yang baik..makna ini sebenarnya bukanlah perkara yang terlalu kompleks...namun bukan juga terlalu simple...kalau terlalu simple ia menjadi rutin..melakukan rutin juga dapat pahala & redha Allah...tapi tidak ada satu anjakan di dalam hati, iaitu kelainan, keterujaan, keseronokan (harap-harap sebelum habis menulis ni dapat penulis memberi pengertian terhadap makna?! Kadang-kadang selepas tengok movie2 yang best dapat mencapai makna juga. Segala explorasi, invensi, inovasi mendapat kepuasan juga.

3 comments:

  1. Konklusi ringkas untuk makna ialah: Amalan yang diluar kebiasaan rutin yang dilakukan oleh kita bagi memberi kepuasan pada diri kita.

    ReplyDelete
  2. Untuk lebih memotivasikan diri sendiri : Sentiasalah memperingatkan diri untuk mensasarkan ketinggian kehidupan untuk duniamu dan dan akhiratmu...supaya kamu tidak lupa untuk berusaha untuk kedua-duanya.

    ReplyDelete
  3. Bacalah doa yang bermaksud: SELAWAT KE ATAS RASUL SEBAGAI TABUNGAN TERBAIK SETIAP PERKARA...YA ALLAH PERKENANAKAN SEGALA HAJAT, TINGGIKAN DARJAT DISISIMU, SAMPAIKAN MATLAMAT & CITA-CITA, BERSIHKAN DARIPADA KEKOTORAN...AMIN

    ReplyDelete