“Setiap amalan anak Adam itu digandakan pahalanya; satu kebaikan diberikan pahala antara 10 hingga 700 kali ganda. Allah berfirman: kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku. Aku akan memberi balasan puasa itu. Dia (anak Adam) mengetepikan syahwatnya dan meninggalkan makanannya kerana-Ku. Untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya. Dan sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi. Puasa itu perisai. Pada hari salah seorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata yang buruk dan membuat fitnah. Jika dia dicela oleh seseorang atau diperangi, maka hendaklah dia berkata: sesungguhnya aku orang yang berpuasa!”
Sebuah hadis yang panjang dan banyak isi di dalamnya...cukup lengkap untuk menceritakan hampir keseluruhan matlamat,proses dan impak puasa. Penulis cuma nak ambil bahagian yang di BOLD itu. Allah yang akan memberi pahala bagi puasa yang kita lakukan...walaupun amalan lain Allah juga yang memberi pahala tapi perbezaannya dan apa yang cuba disampaikan dengan ibarat ini ialah Allah sahaja yang tahu pengiraan ataupun sifir untuk menilai jumlah pahala puasa hambanya. Memberitahu kepada kita bahawa Malaikat tidak dapat memberi tafsiran dan taksiran terhadap apa yang "orang berpuasa sedang buat". Amalan puasa ini antara amalan yang paling sukar atau setengah ulamak mengatakan tidak dapat dihampiri dengan riyak kerana puasa tidak boleh menunjuk-nunjuk. Kita boleh bercakap di depan orang aku berpuasa...apakah betul kita berpuasa Allah sahaja yang tahu, Menunjuk kita makan depan orang memang orang nampak kita tak berpuasa...tetapi menunjuk kita tak makan depan orang tak semestinya kita berpuasa. Ibadat solat boleh nampak menunjuk-nunjuk ataupun riyak, begitu juga Haji (sehingga nabi berpesan jangan ibadah ini bertujuan menunjuk-nunjuk kehebatan kebendaan kita) Walaupun nampak macam sama sahaja ibadat puasa dengan ibadah lain dari segi " buat perkara fardhu mendapat pahala" tetapi kita belum tentu dapat walaupun satu markah pada puasa kita hari ini atau esok walaupun fizikalnya kita imsak daripada perkara yang membatalkan seperti makan dan minum dll. Hubungan istimewa puasa ini melambangkan keagungan anugerah Allah pada makhluk yang bernama puasa ini. Sebenarnya penulis rasa tidak dapat menyampaikan secara konvinsing perbezaan yang sangat distinnktif & signifikan diantara puasa dan ibadah lain...diharap kita dapat melakukan puasa dengan jiwa yang berprofil hamba; maksudnya cuba cari ruang dan peluang menambahkan pahala puasa dengan mengkategorikan diri ini tak mampu nak berpuasa ke tahap puasa hati yang sangat terkenal dijelaskan oleh Hujjatul islam Imam Al-Ghazali tentang tingkatan puasa yang paling tinggi iaitu KhawasulKhawas...namun boleh terus mencuba mencapai tahap tersebut.
“In God, there is no sorrow or suffering or affliction. If you want to be free of all affliction and suffering, hold fast to God, and turn wholly to Him, and to no one else. Indeed, all your suffering comes from this: that you do not turn toward God and no one else.- AlGhazali Rahimahullah
No comments:
Post a Comment