Pages

Friday, July 20, 2012

Merai hati

Persis buih di laut berkejar ke pantai
Mana damai...mana bersemadi abadi
Akal yang terbang menerawang
Pelbagai pelosok
Mencuba dan cubaan

Meneruskan jalan yang saadah ini...
untuk diri kekal beraksi
di paksi yang dirai hati dan bakat peri
Ada limpahan yang perlu di takung
Ada arus yang perlu dibendung
Biar cantik diikat tali pada tiang seri

Ini yang dirai
Bila tinggal dirindui
Bagai bekal tersimpan tak dijamahi

Ini yang paling saadah 
Menghidang dari resepi
Rempahan berbau wangi

Ku abadi untuk damai dihati
Tak gejolak lagi...buat tika ini
nanti meruah lagi untuk diperi dan berulang lagi
damai, saadah dan dirai hati

- 1 Ramadhan 2012

No comments:

Post a Comment