Pages

Thursday, April 26, 2012

 ATTAIN A BETTER LIFE! (AABL)

InsyaAllah mari sama-sama kita memberi kebaikan dan lebih keseronokan di dalam hidup, masa kehidupan yang ada sememangnya singkat...apatah lagi kalau tidak diisi dengan perkara yang seronok...ia menjadi lebih singkat. Perkara yang seronok dalam erti kata lain "wah berbaloi aku hidup macam ni" . Mohon keampunan sekiranya perspektif penulis akan berbeza dengan orang-orang lain...tetapi saya cuma harap kita dapat amalkan perkara-perkara yang saya cadangkan dalam ruangan (AABL) agar dapat membantu kita untuk hidup lebih tenang yang utama dan yang senang juga harapnya. 

1. Ucapan Astaghfirullah dan LailahaillaAllah,

Dengan memahami isikandungan kedua-dua kalimah ini...Secara umumnya kedua-duanya memberi ruang untuk kita melakukan proses purification sebelum menjalani kehidupan, apabila kita mula dengan memohon keampunan kepada Allah sudah tentu kita berada dalam fitrah ataupun bersih seperti hadis Rasul SAW " setiap kita, dilahirkan di dalam fitrah..." Jadi perjalanan yang akan kita mulakan di dalam kehidupan kita akan memberi enjin baru dan semanagat pacuan kehadapan dengan keadaan yang telah bersih. Begitu juga dengan falsafah LailahaillaAllah yang memberi konotasi pembersihan daripada sebarang pegangan pada kalimah LAilaha kemudian terus dimasukkan injeksi berupa aqidah terpaling mantap keyakinan dan tujuan kita iaitu ALLAH.

2. Memaafkan orang lain

Hilangkan dendam, dengki dan tidak puas hati terhadap orang lain, walau siapa pun...walau apa pun yang telah dan sedang orang lain lakukan terhadap kita. Kehidupan mesti terus kehadapan dengan menuju visi Ilahi, jangan biarkan perasaan yang sia-sia membelenggu kita atau menghalang kehidupan kita. Meneruskan dendam membuatkan kita menambahkan senarai perkara yang perlu kita fikirkan. Melupakan kesalahan orang lain terhadap kita mampu menambahkan ketenangan dalam jiwa kita...tidakkah tenang yang kita cari? meneruskan dendam misalnya menyebabkan kita mahu menang terhadap "battle" yang lama berterusan...ia tidak akan selesai selagi diri kita sendiri/mereka yang menekan butang STOP, apa kata kita yang memulakan langkah orang baik ini. Maaf, lupakan dan teruskan hidup baru, jadikan lawan sebagai kawan dan InsyaAllah hidup kita lebih bermakna dan life becomes better!

3. Bersedekah

Mampukah kita bersedekah setiap hari!. Jadikan bersedekah sebagai amalan...apabila ada ruang untuk bersedekah jangan berlengah. Hulurkan dan belanjakan wang kita dengan senang hati. Bagi yang mempunyai sifat kedekut memang susah pada peringkat permulaan...perangai berkira, takut tak cukup bajet sendiri dan sebagainya cuma alasan dan krisis kepercayaan kita kepada janji Allah. dalam surah An-Nur (kalau x silap) Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda bagi orang yang bersedekah dan paling menakjubkan ganjaran itu biasanya terus terbalas di dunia ini juga. Apa yang di maksudkan cari peluang dan ruang...antaranya kalau minum atau makan dengan rakan-rakan...biar kita yang terdahulu mencari kauter atau taukeh untuk membayar sebelum rakan-rakan hendak membayar untuk diri mereka sendiri. Kalu membeli di kedai runcit dan terlihat orang yang lebih susah atau kanak-kanak...apa salahnya tolong bayarkan  untuk mereka. Sebenarnya banyak perkara yang baik selain bersedekah secara wang ataupun material dapat kita memberi manfaat kepada orang lain. Percayalah perkara kebajikan yang kita lakukan akan membuatkan hati kita tersenyum puas dan otak kita merasa tenang dan hidup menjadi lebih baik. 

Tuesday, April 10, 2012

Zikir, Syukur & Khusnul Ibadah

Ya Allah bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu, bersyukur atas nikmatMu dan perbaiki Ibadah kami kepadaMu. Tiga perkara yang digagaskan untuk perbincangan ini, ingin penulis berikan label sebagi proses ke arah mencapai matlamat hidup. Matlamat hidup semua muslim harus dialurkan kepada keredhaan Allah  bagaimana untuk mencapainya perlu kita bertugas di dunia ini sebagai hambaNya dan khalifahNya (yang pasti semua mengerti) Namun bagaimanakah untuk bertugas sebagai hamba dan khalifah Allah perlu ada panduan yang boleh kita pegang dan ikuti. Antaranya (pada hemah penulis) 
1. Kita perlu hidup di dunia ini dengan sentiasa mengingati Allah dan menyebut namaNya
2. Kita perlu menjalani kehidupan dengan menyedari dan mensyukuri nikmat Allah
3. Kita perlu menjalankan Ibadah kepada Allah dengan cara yang paling baik.
Sebab itu maksud doa yang penulis utarakan pada awal tadi meliputi ketiga-tiga perkara ini, sesungguhnya tersimpan di dalam tiga perkara tadi pelbagai tugas dan cara untuk sampai kepada matlamat redha Allah dan bertugas dengan baik di bumi Allah ini. Apakah ketiga perkara-perkara ini tidak berkaitan dengan tugas keduniaan ataupun tugas kekhalifahan. Sebelum pergi jauh... untuk kejelasan yang mudah kita perlu faham bahawa apa saja tugas kita di bumi Allah ini perlulah ada kaitan dengan Allah ataupun matlamat ibadah, jika tidak maka kita mungkinakan terjerumus ke dalam dosa ataupun sekurang-kurangnya kebencian Allah (makruh/ makruh tahrim). Ketiga-tiga perkara ini ada terkandung di dalam tugas keduniaan kita. Semua pekerjaan kita dimulakan dengan bismillah dan Rasul SallaAllahualaihiwaalihi wasallam mengajar kita berdoa untuk memulakan perjalanan, berdoa untuk memakai pakaian baru, doa menghadap cermin dan banyak lagi yang boleh terlintas di kepala kita dengan mudah. Dampingkanlah segala 'tugas dunia' kita dengan mengingati Allah ...InsyaAllah keberkatan memayungi kita...lebih-lebih lagi pergantungan diri kepada Allah setiap masa akan mendekatkan diri kepadaNya dan mengakui kekuatan kuasaNya seperti ucapan kita dalam Al-Fatihah. "KepadaMu kami berserah dan KepadaMu kami meminta pertolongan"
Kehidupan yang kita kecapi perlu disedarkan bahawa ianya kurniaan Allah, nikmat Allah yang tidak terhitung melilit pada seluruh tubuh dan pancaindera kita. Sel, otot, urat, darah yang mengalir, udara yang beredar di dalam badan, air yang keluar masuk ke dalam sistem tubuh badan dan tulang yang menyokong tubuh badan kita...merupakan perkara-perkara yang tidak kita amati sungguh-sungguh fungsi dan keajaibannya. Hadis Rasul SAW ada menyatakan tentang kelupaan kita pada nikmat Iman dan Islam...syukurlah kita beragama Islam..Segala tugas kita di dunia ini yang disandarkan niat ibadah akan dijanjikan redha & syurga Allah oleh itu lakukanlah segala tugas (samada karierr, sebagai anggota keluarga, anggota masyarakat, warganegara) lakukanlah dengan memenuhi ruang amanah dan ruang komited. " Allah loves those who have professional skills(itqon)"  

Sunday, January 1, 2012

Aktifkan mindamu..!

Pendidikan seseorang muslim perlu memasukkan elemen atau menempuhi pengalaman pemikiran kritis kerana ia merupakan cara untuk menggapai makna kepada kejadian Allah; merungkai tanda-tanda kejadian Allah menuju kepada kewujudan dan kebesaran Allah. Lebih-lebih lagi pemikiran kritis merupakan jalan terhadap memahami perkara-perkara kita nampak secara fizikal mahupun maknawi. Memahami dunia melalui pemikiran kritis membuatkan  minda kita aktif menyertai perjalanan kehidupan yang menjangkaui mata memandang.

Apa yang hebat tentang pemikiran kritis? Antaranya proses memahami kehidupan dan Khaliq menjadi lebih bermakna. Proses code dan decode akan terjadi di mana apabila kita cuba memahami sesuatu kita akan keluar atau mengarah kepada kefahaman yang baru...oleh itu proses mencari atau memahami menjadi berterusan...minda tidak berhenti.

Berfikir secara kritis ialah berfikir tidak seperti biasa (kadang-kadang bertindak tidak seperti biasa) kerana apabila berada di atmosfera kritis mampu mencipta pemahaman yang baru yang belum pernah ditemui ataupun yang mampu mengajak kita pergi kearah perkara baru tersebut dan kita berusaha merealisasikannya. Pemikiran kritis perlu ditekankan kepada muslim supaya kita bersedia kepada situasi yang bakal berlaku walaupun kita tidak berada pada sirtuasi tersebut pada masa sekarang ini...dengan menjangkakan dan sentiasa berada dalam situasi besedia menghadapi sebarang kemungkinan menjadikan sebarang kemungkinan mampu dihadapi dengan possible.

Friday, December 30, 2011

Melangkah kepada makna...

Penulis sebenarnya sering membicarakan tentang MAKNA...kerana mahu hidup dengan puas hati, apabila kita menjalani hari ini dengan bermakna kita puas hati...ada sumbangan terhadap perkara yang baik. Tidak kiralah sumbangan kepada diri sendiri, keluarga mahupun warga masyarakat. Sekurang-kurangnya diri sendiri puas hati...insyaAllah ia mendapat redha dan pahala daripada Allah. Apakah sebenarnya MAKNA yang diperkatakan oleh penulis...mungkin semua dapat menjangkakan...paling tidak pun semua boleh agak bahawa ianya satu benda yang baik...ataupun banyak benda yang baik. Salah satu MAKNA ialah dapat membuat satu ibadah sunat dengan komited, dapat memenuhi masa lapang dengan membaca tafsir satu atau dua baris ayat, dapat merungkai konsep fiqh dalam ibadah-ibadah khusus seperti solat, dapat menghuraikan istilah/ perkataan/ tema dengan extensif...semua itu nampak begitu ilmiah bukan?! melalui itu akan dapat kepuasan...namun banyak lagi perkara-perkara yang nampak remeh yang mampu memberi MAKNA dalam kehidupan seharian kita dapat mencangkul sebatas dua untuk ditabur benih timun pun merupakan makna yang baik..makna ini sebenarnya bukanlah perkara yang terlalu kompleks...namun bukan juga terlalu simple...kalau terlalu simple ia menjadi rutin..melakukan rutin juga dapat pahala & redha Allah...tapi tidak ada satu anjakan di dalam hati, iaitu kelainan, keterujaan, keseronokan (harap-harap sebelum habis menulis ni dapat penulis memberi pengertian terhadap makna?! Kadang-kadang selepas tengok movie2 yang best dapat mencapai makna juga. Segala explorasi, invensi, inovasi mendapat kepuasan juga.

Saturday, September 25, 2010

Setelah berakhir Ramadhan

Setelah berakhir ramadhan sudah tentu menjelma syawal. Bagi 'pencari-pencari Tuhan' sudah pasti kesedihan yang amat sangat apabila tidak dapat lagi berada di dalam musim ibadah. Sebuah hadis diriwayatkan: Setiap sesuatu itu ada musimnya, bagi ibadah...bulan Ramadhanlah musimnya. Namun kita perlu berhati-hati beramal dengan konten hadis ini (jangan silap faham). Ibadah dan segala amal kebaikan perlu diteruskan walaupun diluar bulan Ramadhan. Solat berjemaah yang menjadi kemanisan dikala Ramadhan perlu diteruskan. Tilawatil Quran yang memenuhi waktu lapang perlu diteruskan, kerajinan solat dhuha, keringanan bangun malam, kemurahan menghulurkan derma ditabung-tabung masjid & anak yang susah perlu dijadikan amalam sepanjang masa.Memang sukar untuk istiqomah kerana musuh kita di luar bulan Ramadhan ialah kembalinya sang syaitan laknatullah yang bergabung dengan nafsu ammarah bissu' sudah tentu cabaran dan mehnahnya lebih hebat. Doa yang warid seperti ini eloklah diamalkan " Allahumma inna nas'aluka bil'afiat wa haqqiqna bitaqwa wal istiqomah". Sebut pasal Takwa sudah tentu kita akan mengingati ayat al-Quran Surah Al-Baqarah tentang puasa yang lebih kurang bermaksud " Telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti telah diwajibkan ke atas umat yang terdahulu, semoga kamu bertakwa (dengan kedatangan & pensyariatan bulan Ramadhan).Di nukilkan dari banyak 'Ulama bahawa tarbiyyah ramadhan akan menjadikan kita mampu menempuhi bulan-bulan yang seterusnya....supaya seterusnya kita bertakwa, yakni Istiqomah di dalam amal ibadat kita. Orang yang setiap waktu di bulan Ramadhan menunaikan solat fardhu berjemaah belum boleh dikatakan hebat...tetapi ia akan dikatakan hebat apabila kesan kerajinan solat berjemaah itu diteruskan sepanjang tahun. Teringat satu kisah pada Kuliah Subuh hari Sabtu sebelum Raya oleh Tn Guru Hj Ishak Idris bercerita tentang kisah Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan kota Konstantinople...rahsianya seluruh tentera Islam apabila ditanya tidak pernah meninggalkan solat fardhu secara berjemaah semenjak baligh. Ini sesuai dengan Firman Allah: ...jika kamu menolong Allah (taat perintahNya) Allah akan menolong kamu (di dalam pekerjaan kamu) dan menetapkan kaki-kaki kamu (istiqomah di jalan Allah)

Wednesday, March 24, 2010

Layakkah kita khalifah...

Allah SWT telah memberi rekognasi bahawa Manusia ialah makhlukNya yang paling layak untuk mentadbir bumi (inni jailun fil ardi khalifah).Alhamdulillah dari satu sudut kita berbangga dengan kepercayaan yang Allah berikan ini, namun dari sudut-sudut yang lain...yang bukan satu atau dua sudut cuma, namun mungkin banyak sangat perspektif yang membuatkan kita tak senang duduk dengan kedudukan 'pentadbir' bumi ini. Sebelum diskus jauh elok kiranya penulis menyenaraikan sudut ke dua dan seterusnya mengapa Allah menggelarkan & menjadikan kita khalifatullah fil 'ard, selain 1-recognasi ia juga boleh membawa maksud:
2- cabaran (yansurukum wayusabbit aqdamakum) 3- sindiran (...bal hum adol) 4- penilaian (liyabluwakum ayyukum ahsanu 'amala) 5-tuntutan berusaha (man yuridillahu bihi khairan) 6- tahap ambil peduli (am yaskur au yakfur)

Mengisi lapang sewaktu cuti sekolah selama seminggu di kampung, penulis membelek-belek 3-4 kotak kepunyaan abang sulong yang berisi 40-50 buah buku pelbagai genre (beliau ialah seorang arkitek berjiwa falsafah, cenderungnya mencapah, dari pelbagai seni berkitan rumah, & peradaban Melayu membusung ke sejarah & ketamadunan dunia & politik yang parah)Penulis cuma mengambil beberapa buah buku yang berbetulan kena dengan semangat inkuiri saat itu tentang tokoh kontroversi Malaysia DS Anwar Ibrahim...satu buku yang ditulis oleh Kamaruddin Yaakob rakan sepenjara beliau sewaktu dikurung di bawah ISA pd era beliau aktif di dalam MBM & ABIM dan sebuah lagi buku antisipasi & ekspresi keintelektualan karangan DSAI sendiri iaitu Gelombang Kebangkitan ASIA. Buku yang pertama memberi peluang kepada penulis untuk mengenal hati & laku DSAI dari kacamata orang lain...sesungguhnya DSAI digmbarkan sebagai personal yang begitu hikmah tindak & budinya. Buku yang kedua memaparkan saujana pembacaan ,pengkajian & kecintaan DSAI kepada alam keilmuan...ia memaparkan jiwa besar beliau yang kita sangat fahami daripada 'kelakuan'beliau dari dulu hingga kini...meski bagi pengkaji seperti penulis & ramai lagi di luar sana, masih lagi tertanya-tanya benarkah perjuangan 'jebat bangsa' ini...namun kecekalannya berjuang tiada tolok bandingnya di nusantara ini. Rakan & penyokong terpesona dengan pidatonya & perihnya bergelumang dengan ketidaktentuan hidup dunia...yang beliau sendiri cukup percaya pada jalan yang diredah itu. Musuh beliau di luar sana sentiasa termimpi-mimpi bayangan DSAI mengekori...asakan & kekebalan atma & zihni cukup ditakjubi.

Berbalik kepada tanggungwab kekhalifahan....bagi menjawab layakkah kita khalifah. Secara ilmiah jawapannya bukanlah sekadar YA atau TIDAK, tetapi ia perlu dijawab dengan frasa seperti contoh ini...YA...sekiranya... (terms & conditions apply)

Wednesday, March 10, 2010

Mencari takrifan kepada mencari matlamat

Apabila mencari takrifan kepada ‘abd’ tiada definisi daripada bahasa melayu (hamba) ataupun Bahasa Inggeris (servant) yang paling tepat. Itu menjadi perkara biasa…kerana banyak perkataan ataupun benda yang hanya tepat dibiarkan di dalam bahasanya yang asal bagi menggambarkan gambaran yang sebenar ataupun terbaik ataupun in English better express…mengambil contoh seorang pensyarah saya yang berketurunan India dan berasal dari India, bahasa pengantar keluarganya ialah Bahasa Inggeris, mengajar di Malaysia (bercampur gaul dengan orang Melayu) manakala rakan-rakan sejawatan ramai yang berbahasa Arab sebagai contoh lebih suka menggunakan perkataan BUANG untuk menggambarkan perbuatan tersebut supaya better express , daripada (instead of) menggunakan perkataan throw/delete ataupun رمي ataupun bahasa urdu dan sebagainya.Satu perbualan yang ingin dikongsi. “ you better BUANG this paragraph (of my essay) and replace with the better conclusion.

‘Abd memberi pengertian yang lebih luas tapi bermatlamat yang satu. Ia boleh ditakrifkan sebagai pengabdian, penghambaan, pengibadatan dan apa sahaja yang berkaitan namun matlamat atau tempat duduknya hanyalah satu iaitu di bawah penjaganya, ‘abd bermaksud kita berjalan, mencari rezeki, berehat, pergi mendengar kuliah maghrib, bersembang dan lain-lain namun segalanya perlu bersandarkan kepada yang satu seperti firman Allah : Inna solati wanusuki wamahyaya wamamti lillahi rabbil ‘alamin. Matlamat ‘abd mestilah mencapai maksud kepada pencipta atau penjaganya.

Sedikit hendak mengalih perbincangan mengapa kalimah ‘abd itu menjadi ekspresi yang paling tepat dan terbaik. Ini adalah kerana maksud abd itu ialah satu ikatan kasih yang dipertontonkan oleh Penjaga/Pencipta dan Penciptanya tidak bermaksud merendah-rendahkan martabat orang yang dijaganya. Kita lihat apabila kita takrifkan abd sebagai hamba, ia memberi gambaran bahawa kehidupan dan perjalanannya sangat perit. Orang yang bernama hamba tidak mungkin akan dapat penghormatan dan dilayan dengan penuh kasih sayang.

Adakah abd itu matlamat kita? Mengapa?
Jika mengikut takrifan yang dibincangkan tadi…’abd memang matlamat kita kerana Allah telah menyebut kesemua manusia (insan) adalah diciptakan dari sebaik-baik kejadian (secara fizikalnya) kemudian insan ini akan dijatuhkan ke tempat yang paling rendah kecuali mereka yang beriman dan beramal baik. Jika hendak mencari kaitannya kita lihat pula Firman Allah: (yang bermaksud; tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan tujuan mereka adalah beribadat (menjadi ‘abd). Oleh itu, dapat diulang dan diberi konklusi bahawa apa sahaja pekerjaan, perbuatan, jalan hidup & perjalanan kehidupan kita perlu berbekal dengan iman dan menjaga akhlak kerana ia jaminan kita berada di dalam ketinggian kebaikan Allah. Oleh kerana berada dalam ketinggian kebaikan Allah itu ialah matlamat kita…ia dapat disamakan dengan konsep pengibadatan. Hanyasanya dengan berhubung dan menyandarkan diri dengan Allah kita dapat mencapai matlamat hidup ini iaitu menjadi ‘abd.